Palestin kecam rang undang-undang Israel larang pembesar suara di masjid

FILE - In this Sunday, Oct. 12, 2014 file photo, ultra-Orthodox Jewish men stand in front of the Al-Aqsa Mosque in Jerusalem's Old City. Israeli police are reporting new unrest at Jerusalem's most sensitive holy site Sunday, Sept. 27, 2015. The site, known as the Temple Mount to Jews and the Noble Sanctuary to Muslims, had experienced several days of unrest in recent weeks. (AP Photo/Sebastian Scheiner, File)

JERUSALEM, 15 Safar 1438H, Selasa – Pemimpin Palestin mengecam rang undang-undang kontroversi Israel yang melarang masjid di negara itu menggunakan pembesar suara untuk azan.

Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeina berkata, pihaknya akan membawa isu berkenaan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Langkah-langkah yang dilakukan Israel baru-baru ini akan membawa kepada bencana di rantau ini.

“Kepimpinan Palestin akan bertukar kepada Majlis Keselamatan PBB dan pertubuhan antarabangsa yang lain bagi menghentikan tindakan Israel,” katanya.

Sementara itu, Menteri Luar Palestin, Riad al-Malki berkata, rang undang-undang yang diwujudkan itu adalah untuk membolehkan kerajaan Israel merampas tanah milik persendirian Palestin.

Ahad lalu, satu jawatankuasa menteri Israel telah mengguna pakai dua daripada rang itu walaupun ianya masih perlu diluluskan oleh Parlimen.

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, dia akan menyokong rang undang-undang kontroversi itu ekoran menyifatkan ia sebagai gangguan bunyi. – Agensi

The post Palestin kecam rang undang-undang Israel larang pembesar suara di masjid appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?