Parlimen Belanda luluskan pengharaman niqab di tempat awam

1062223-enjeu-niqab-semble-imposer-comme

AMSTERDAM, 30 Safar 1438H, Rabu – Parlimen Belanda meluluskan pengharaman pemakaian niqab dan burqa di beberapa tempat awam di negara itu melibatkan sekolah, hospital, bangunan kerajaan dan dalam pengangkutan awam.

Pengharaman itu turut meliputi akses topeng-ski dan topi keledar yang diluluskan oleh 132 daripada 150 Ahli Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, perkara itu perlu diluluskan di bahagian Senat terlebih dahulu sebelum menjadi undang-undang.

Beberapa wanita Islam yang memakai burqa dan niqab di negara itu menyifatkan isu berkenaan telah menjadi topik hangat yang dibincangkan sejak bertahun dulu.

Meskipun di bawah undang-undang itu hanya menyekat pemakaiannya dibeberapa tempat sahaja, namun larangan tersebut secara jelas adalah kehendak utama pihak anti-Islam.

Sebelum ini, Menteri Luar Belanda, Ronald Plasterk, berkata cadangan itu tidak sampai mengharamkan sepenuhnya pemakaian itu seperti di negara lain.

Ronald menyifatkan perundangan itu sebagai ‘pengecualian agama’ tetapi mengaku perbahasan mengenai penduduk memakai burqa di jalan raya di negara itu memainkan peranan penting dalam cadangan berkenaan.- Agensi

The post Parlimen Belanda luluskan pengharaman niqab di tempat awam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?