PDRM bakal perkenal sistem aduan atas talian

750f5284b6d97ab8e26530671c0e66e5_low-transformed_1

KUALA LUMPUR, 10 Safar 1438H, Khamis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal memperkenalkan sistem aduan atas talian bagi memudahkan orang ramai membuat aduan berkaitan jenayah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, projek yang dilaksanakan di bawah inisatif memodenkan profesion polis ini bertujuan memudahkan orang ramai membuat laporan atau aduan tanpa hadir ke balai polis.

“Pengadu tidak perlu datang ke balai polis lagi untuk buat laporan, sebaliknya mereka boleh menggunakan telefon bimbit dan komputer dari rumah untuk melakukannya,” kata Nur Jazlan dalam persidangan Dewan Rakyat di Parlimen, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Nur Jazlan berkata, projek itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat apabila pihak PDRM dan Peguam Negara memutuskan mekanisma terbaik bagi cara mengesahkan laporan yang dibuat berikutan tandatangan pengadu tidak boleh dilakukan secara atas talian

“Kalau guna kertas memang lebih mudah dengan guna pen, tetapi kalau atas talian, satu mekanisma perlu dibentuk untuk pengadu menurunkan tandatangan bagi memastikan laporan tersebut sahih mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.

The post PDRM bakal perkenal sistem aduan atas talian appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?