Pegawai SPRM dera isteri dibuang kerja kerana dadah

sprmm

KUALA LUMPUR, 9 Safar 1438H, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberhentikan perkhidmatan pegawainya, Muhammad Nazrin Abdullah, berkuat kuasa 1 November lalu kerana terlibat dengan kes berkaitan dadah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Putrajaya, Datuk Seri Mohd Jamidan Abdullah berkata, Lembaga Tatatertib SPRM membuat keputusan itu selepas mahkamah mendapati Muhammad Nazrin bersalah atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada September lepas.

“SPRM memandang serius kejadian itu dan tidak akan berkompromi jika terdapat pegawai yang melanggar peraturan organisasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 7 November lalu, Muhammad Nazrin didakwa di mahkamah bagi pertuduhan melakukan ugutan dengan menunjukkan sebilah parang panjang kepada birasnya Mohammad Faris Ngatiman di sebuah rumah di Kampung Parit Jarum Tengah, Bukit Gambir kira-kira 7.10 pagi, 21 September lalu.

Mahkamah Majistret Segamat juga memerintah dia ditahan reman dari 29 Oktober lalu hingga 1 November bagi membantu siasatan berhubung kes keganasan rumah tangganya.

Sebelum ini, kes itu tersebar di laman sosial Facebook setelah isteri tertuduh memuat naik status kisah keganasan rumah tangga dan mendakwa suaminya yang juga pegawai SPRM sering mendera dan melakukan serangan seksual terhadapnya. – Bernama

BERITA BERKAITAN

SPRM siasat pegawai dituduh dera isteri

The post Pegawai SPRM dera isteri dibuang kerja kerana dadah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?