Pelajar pondok perlukan sijil pengiktirafan selepas tamat pengajian

dsc_0109

ALOR SETAR, 16 Safar 1438H, Rabu – Semua pelajar sekolah pondok yang berdaftar dengan kerajaan negeri perlu diberikan sijil pengiktirafan oleh jabatan agama di negeri masing-masing bagi masa depan pelajar selepas menamatkan pengajian. 

Pengerusi Pertubuhan Jemaah Pondok-Pondok Negeri Kedah, Sabri Osman berkata, dengan diberikan sijil pengiktirafan itu pihak-pihak tertentu akan yakin untuk mengambil mereka bekerja sekurang-kurangnya untuk menjadi imam.

“Ini yang kami perjuangkan agar pelajar-pelajar pondok ini dapat diberikan sijil pengiktirafan untuk bekerja seperti di sektor-sektor agama atau untuk menjadi imam,” katanya di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Sabri berkata, ketika ini beberapa siri pertemuan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diadakan dan berharap pada pertemuan berikutnya ia akan mencapai kata putus mengenai perkara itu.

Katanya, mereka juga sanggup untuk menerapkan silibus pelajaran sama dengan sekolah aliran kerajaan termasuk pembelajaran kemahiran di sekolah pondok.

Sementara itu, beliau menyambut baik pengumuman kerajaan Kedah yang akan memberikan peruntukan sebanyak RM2 juta kepada pembangunan hampir 40 buah pondok di negeri ini melalui bajet 2017.

Katanya, selain itu peruntukan sebanyak RM20,000 lagi yang diperuntukkan kepada setiap sekolah pondok untuk membeli kitab-kitab agama. – Bernama

The post Pelajar pondok perlukan sijil pengiktirafan selepas tamat pengajian appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?