Pemerdagangan bayi: Polis puas hati kerjasama wartawan Al Jazeera

khalid_abubakar2310b_620_413_100

KUALA LUMPUR, 30 Safar 1438H, Rabu – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan pihaknya sudah memanggil wartawan Al Jazeera berhubung sebuah program disiarkan yang mendedahkan sindiket penjualan bayi di Malaysia, dan berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan.

Beliau berkata, Jabatan Siasatan Jenayah menghubungi seorang wartawan Al Jazeera yang merupakan wanita tempatan pada hari sama laporan Al Jazeera itu disiarkan.

“Kita merakam keterangannya dan beliau memberi kerjasama baik. Kita sedang meneliti maklumat yang diberikannya dan mencari maklumat lanjut.

Polis akan turut memanggil wartawan lain yang terlibat dengan laporan itu jika ada keperluan,” katanya.

Beliau menegaskan Malaysia tidak pernah menjadi hab untuk jenayah tersebut, walaupun mengakui ia memang berlaku.

“Ia turut berlaku di negara lain. Kita memang sentiasa menyiasat perkara ini. Takkan kita nak biarkan ia berlaku. Kita tidak bodoh,” katanya lagi.

Khalid berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti mereka yang terlibat.

Bagaimanapun, beliau menafikan polis menubuhkan unit khas menyiasat dakwaan mengenai bayi diperdagangkan oleh sindiket di Malaysia, seperti diumumkan Menteri KPWKM Datuk Seri Rohani Abdul Karim, semalam.

The post Pemerdagangan bayi: Polis puas hati kerjasama wartawan Al Jazeera appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?