Langkau ke kandungan utama

Pemilik kedai runcit didakwa atas tuduhan menyembunyikan 210 kg minyak masak

photo_2016-11-08_15-04-38

TAIPING, 8 Safar 1438H, Selasa – Seorang pemilik kedai runcit menjadi individu pertama di Perak dihadapkan di mahkamah atas pertuduhan menyembunyikan barang kawalan berjadual iaitu 210 kilogram minyak masak pada 28 Okt. 2016.

Kan Bak Nguang @ Khor Bak Nguang, 65, didakwa di Mahkamah Sesyen Taiping di sini hari ini atas tuduhan menyembunyikan barang kawalan itu untuk tujuan menahannya daripada dijual di pasaran.

Kan didakwa melakukan perbuatan itu di Pusat Pembelian Sheen Yee, Persiaran Perwira, Pusat Bandar di Parit Buntar dekat sini, kira-kira 12 tengah hari.

Dia mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Amri Alfikri Mohamad Dasuki menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh kerana kes itu serius dan menyalahi undang-undang.

Bagaimanapun, P. Ravee yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah mengurangkan jaminannya kepada RM5,000 atas alasan tertuduh menyara ibunya yang kini terlantar sakit di sebuah hospital swasta selain menganggap kes itu tidak serius dan bukan luar biasa.

Mohd. Sabri kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Dis depan untuk pengurusan kes bagi serahan dokumen. – Bernama

The post Pemilik kedai runcit didakwa atas tuduhan menyembunyikan 210 kg minyak masak appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?