Pemimpin kanan Bangladesh mahu gugurkan Islam sebagai agama rasmi

53b77c4f-e149-4f03-8e2f-78e5b832104f

DHAKA, 14 Safar 1438H, IsninSeorang pemimpin kanan sebuah parti politik terbesar di Bangladesh berhasrat mahu menggugurkan agama Islam sebagai agama rasmi negara, yang majoriti rakyatnya adalah beragama Islam.

Pemimpin Liga Awami, Abdur Razzaq itu berkata, agama Islam sebelum ini telah dijadikan sebagai agama rasmi atas sebab-sebab strategik.

“Saya telah bercakap mengenainya di luar negara dan kini saya katakan sekali lagi bahawa Islam akan digugurkan (sebagai agama rasmi) dari Perlembagaan Bangladesh apabila tiba masanya,” kata bekas Menteri Makanan itu seperti dipetik daripada BDNews24.com

Beliau berkata demikian ketika bercakap mengenai tradisi sekular Bangladesh di meja bulat yang dianjurkan Persatuan Kebudayaan SAARC, di Kelab Akhbar Negara.

Menyebut tentang sekularisme Razzaq berkata, istilah itu ada di dalam rakyat Bangladesh malah katanya, tiada golongan yang dianggap sebagai minoriti di negara itu.

Katanya, sekularisme telah dimasukkan ke dalam Perlembagaan sebagai salah satu daripada empat prinsip asas apabila ia ditulis pada tahun 1972, sewaktu rakyat dari semua agama menyertai perjuangan untuk kemerdekaan dan mendapatkannya dari Pakistan.

Bagaimanapun, selepas pembunuhan Sheikh Mujibur Rahman pada tahun 1975, Bangladesh telah bertukar arah, dan Zia-ur- Rahman, telah menggantikan ‘sekularisme’ dengan ‘kepercayaan mutlak dan beriman kepada Allah SWT.

The post Pemimpin kanan Bangladesh mahu gugurkan Islam sebagai agama rasmi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?