Pemimpin parti politik akan diberi taklimat mengenai akta sumbangan politik: Paul Low

paul-low1

KUALA LUMPUR, 29 Safar 1438H, Selasa – Pemimpin politik akan diberi taklimat mengenai cadangan pembentukan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik sebelum ia dibawa ke Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, beliau akan bertemu pemimpin Barisan Nasional dan kemudian pemimpin parti politik lain bagi tujuan taklimat itu.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dilapor sebagai berkata, cadangan akta itu perlu dibahas dan diluluskan semasa sesi persidangan Dewan Rakyat pada Mac tahun depan.

Sementara itu Low berkata pembinaan dan pembangunan projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) akan dibuka kepada tender antarabangsa, walapun terdapat laporan sebelum ini China diberi keutamaan kepada projek itu.

Projek sejauh 350 kilometer itu dijadual mulai beroperasi pada 2026 dengan mempunyai lapan stesen perhentian iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.

Low menghadiri forum keusahawanan yang disertai lebih 100 masyarakat peniaga anjuran Full Gospel Business Men’s Fellowship Malaysia dan Asian Strategy and Leadership Institute di sini. – Bernama

The post Pemimpin parti politik akan diberi taklimat mengenai akta sumbangan politik: Paul Low appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?