Pendapatan per kapita Malaysia boleh meningkat jika tambah tenaga kerja wanita
Sumber foto: NSTP/MUNIRA ABDUL GHANI
KUALA LUMPUR, 28 Safar 1438H, Isnin – Malaysia boleh meningkatkan pendapatan per kapita negara sebanyak 23 peratus dengan menambah tenaga kerja wanita di negara ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, Malaysia jauh ketinggalan berbanding negara seperti Singapura, Jepun, Thailand dan negara maju lain kerana kebanyakan negara berkenaan merekodkan penyertaan kira-kira 70 peratus wanita dalam tenaga kerja.
Katanya lagi, wanita Malaysia kini menyumbang sebanyak 54 peratus daripada tenaga kerja negara.
“Adalah penting untuk mengubah angka berkenaan kerana ia akan menarik lebih ramai pelabur asing menjalankan perniagaan di Malaysia selain kemampuan pelabur dalam membuat pertimbangan menjalankan perniagaan.
“Jika anda mahu meningkatkan pendapatan per kapita negara, anda perlu menggaji wanita dalam tenaga kerja…itu adalah cara paling singkat untuk melakukannya,” katanya ketika melancarkan ‘Women Power Talk’ Effective Working the Way Foward’ di sini, hari ini.
The post Pendapatan per kapita Malaysia boleh meningkat jika tambah tenaga kerja wanita appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan