Penduduk Timur Aleppo risiko hadapi kebuluran

A man eats food that was distributed as aid in a rebel-held besieged area in Aleppo, Syria November 6, 2016. REUTERS/Abdalrhman Ismail

ALEPPO, 11 Safar 1438H, Jumaat – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa rejim Syria, Russia dan kumpulan pemberontak untuk segera menbenarkan penghantaran makanan ke kawasan yang dikepung di Timur Aleppo.

Ini berikutan kebimbangan terhadap lebih 250,000 penduduk yang masih terperangkap di bandar itu, berisiko berdepan kebuluran ekoran musim sejuk.

Ketua Petugas Kemanusiaan PBB, Jan England berkata, bekalan makanan yang terakhir telah diedarkan kepada penduduk di bandar itu dan tiada lagi baki yang tinggal untuk diagihkan pada minggu depan.

“Saya tidak fikir ada sesiapa yang mahu ratusan ribu penduduk Aleppo mengalami kebuluran,” katanya.

Jan turut menggesa semua pihak – rejim Syria, sekutu utamanya Russia dan pemberontak – untuk memberikan bantuan kemanusiaan ekoran musim sejuk tidak lama lagi bagi mengelakkan berlaku kebuluran.- Agensi

The post Penduduk Timur Aleppo risiko hadapi kebuluran appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?