Penghidap diabetes jenis dua semakin meningkat

diabetes

KUALA LUMPUR, 12 Safar 1438H, Sabtu – Lebih 3.5 juta rakyat Malaysia dewasa menghidap diabetes jenis dua atas faktor gaya hidup yang tidak ambil peduli kesihatan jangka panjang.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 mendapati sebanyak 17.5 peratus rakyat di negara ini menghidap diabetes dari umur 18 tahun ke atas disebabkan sikap rakyat yang suka makanan berminyak, bergula dan tinggi kalori, menyumbang kepada peningkatan diabetes jenis dua.

Presiden Persatuan Diabetes Sedunia (MDA), Profesor Datuk Dr Ikram Shah Ismail berkata, 70 peratus daripada penghidap diabetes jenis dua boleh dielakkan melalui perubahan pemilihan makanan dalam seharian.

“Satu cabaran penghidap diabetes adalah pengurusan kandungan gula dalam pemakanan yang diambil,” katanya berucap pada pelancaran kempen nutren untuk diabetes di sini, hari ini.

Diabetes jenis dua ialah yang tidak bergantung pada insulin.

The post Penghidap diabetes jenis dua semakin meningkat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?