Peniaga didakwa 105 tuduhan tipu RM6.3 juta
IPOH, 21 Safar 1438H, Isnin – Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas 105 tuduhan memperdaya seorang lelaki melibatkan jumlah RM6.3 juta tahun lalu.
Tertuduh N Narendran, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.
Mengikut pertuduhan, Narendran didakwa menipu Hafizul Abdul Hamid, 40, dengan memperdayakan mangsa supaya mempercayai bahawa pesanan kerajaan negeri untuk pelaburan membekalkan peralatan perubatan pakai buang kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh adalah tulen.
Tertuduh didakwa telah mendorong mangsa menyerahkan cek dan wang tunai antara RM20,000 hingga RM350,000 bagi tujuan pelaburan yang tidak wujud tersebut.
Narendra didakwa melakukan kesalahan tersebut di empat lokasi berbeza antara Mei hingga Disember tahun lalu.
The post Peniaga didakwa 105 tuduhan tipu RM6.3 juta appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan