Peniaga Thailand enggan terima mata wang ringgit


photo_2016-11-30_12-40-19

BANGI, 30 Safar 1438H, Rabu – Ketidaktentuan dan kelemahan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menyebabkan mata wang negara semakin ditolak di negara jiran.

Terbaharu, peniaga Thailand, terutama di sempadan Malaysia enggan lagi menerima dan menggunakan ringgit untuk berurusan.

Peniaga di selatan Thailand didapati menampal notis tidak menerima ringgit untuk sebarang urusan di pintu masuk premis masing-masing berkuat kuasa 29 November lalu, berikutan nilai ringgit yang tidak menentu di pasaran.

“We are sorry that from November 29, 2016, we will not be able to accept the Malaysian Ringgit,” tulis notis itu yang dapat dilihat di premis luar kawasan lapangan terbang di Bangkok, Thailand.

Terdapat dakwaan mengatakan peniaga di sana tidak mahu berurus niaga dengan nilai ringgit kerana tidak mahu menanggung kerugian.

Bagaimanapun, jika pelanggan tetap mahu menggunakan nilai ringgit dalam urus niaga di Thailand, mereka perlu meletakkan nilai yang jauh lebih rendah berbanding nilai masa kini.

The post Peniaga Thailand enggan terima mata wang ringgit appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?