Penjawat awam Perak terima bantun khas RM500 bulan depan

Datuk-Seri-Dr.-Zambry-Abdul-Kadir

IPOH, 15 Safar 1438H, Selasa — Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan pemberian bantuan khas RM500 kepada pegawai kerajaan negeri bulan depan.

Beliau berkata, ia melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM4.1 juta.

Sementara itu bagi menghargai penjawat awam yang akan bersara tahun depan, kerajaan negeri meneruskan penyediaan insentif khas berjumlah RM1.2 juta, katanya ketika membentangkan Bajet Perak 2017 di Dewan Undangan Negeri hari ini.

Bajet bertemakan ‘Pertumbuhan dan Kesejahteraan’ melibatkan peruntukan keseluruhan RM1.07 bilion.

Zambry berkata, bagi menghargai usaha ketua kampung pula, kerajaan negeri mulai tahun depan akan membayar elaun tambahan RM200 seorang kepada 17 ketua kampung Felda yang keseluruhan berjumlah RM0.04 juta.

Elaun sebanyak RM800 seorang akan turut dibayar kepada tujuh ketua kampung India yang keseluruhan berjumlah RM0.07 juta, katanya. — Bernama

The post Penjawat awam Perak terima bantun khas RM500 bulan depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?