Perhimpunan Baju Kuning, Merah langgar Akta Perhimpunan Aman 2012: Ketua Polis KL

datuk-amar-singh
Oleh Nur Hazimah Shahrul Hasnni (Wartawan pelatih)

BANGI, 18 Safar 1438H, Jumaat – Perhimpunan Bersih 5 (Baju Kuning) dan Gabungan Gerakan Merah Malaysia (Baju Merah) yang akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur esok telah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, kedua-dua kumpulan itu melanggar akta berkenaan berikutan gagal mendapat kebenaran daripada pemilik tempat mereka akan berhimpun iaitu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang merupakan pemilik Dataran Merdeka dan Padang Merbok.

“Kedua-dua penganjur tidak mendapat kebenaran daripada DBKL. Kami telah mencadangkan kepada kedua-dua pihak tersebut untuk menganjurkan perhimpunan mereka di tempat yang sesuai di mana mereka boleh mendapatkan kebenaran.

“Malangnya, sehingga hari ini, kedua-dua kumpulan ini tidak dapat mengemukakan cadangan alternatif yang sesuai, maka dengan itu, kedua-dua perhimpunan ini tidak memenuhi syarat-syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, secara automatiknya, kedua-dua kumpulan ini melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012,” kata Datuk Amar Singh pada sidang media hari ini.

Sehubungan itu, pihak polis akan melakukan 58 lencongan bagi mengelakkan orang ramai memasuki lokasi perhimpunan antaranya Dataran Merdeka, Dataran Maybank Bangsar, Dataran Sogo dan Masjid Negara.

Datuk Amar juga memberi jaminan bahawa Kuala Lumpur akan selamat, aman dan damai dalam kawalan pihak berkuasa esok.

The post Perhimpunan Baju Kuning, Merah langgar Akta Perhimpunan Aman 2012: Ketua Polis KL appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?