Perhimpunan Bersih 5 di KK langgar akta

20150830_bersih_reuters_07_620_413_100

Kota Kinabalu, 16 Safar 1438H – Perhimpunan Bersih 5 yang akan diadakan di Taman Ujana Rimba, di sini, Sabtu ini melanggar undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra.

Beliau berkata pihaknya telah menerima notis pemberitahuan daripada pihak penganjur, namun notis berkenaan tidak lengkap serta tidak menepati syarat dan peraturan.

“Pada 2 November lalu, kita telah menerima notis pemberitahuan itu. Tetapi ia tidak lengkap kerana gagal mendapatkan persetujuan tuan premis, hingga menyukarkan pihak polis untuk memproses notis berkenaan.

“Kita juga telah memanggil pihak penganjur dan telah memberi pemberitahuan secara rasmi bahawa perhimpunan yang bakal diadakan itu tidak mematuhi peraturan di bawah Akta Perhimpunan Aman” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian bangunan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari Em Hadzeer. Chandra meminta orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Untuk persiapan menghadapi perhimpunan itu, pihak polis telah bersedia dengan kekuatan yang secukupnya untuk mengawal kententeraman dan lalu lintas pada hari tersebut,” katanya. -Bernama

The post Perhimpunan Bersih 5 di KK langgar akta appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?