Persatuan Antarabangsa Tadabbur Al-Quran lawat Isma
Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar (Wartawan Pelatih Ismaweb)
BANGI, 17 Safar 1438 H, Khamis – Delegasi Persatuan Antarabangsa Tadabbur Al-Quran yang diketuai Sheikh Dr Nasir Sulaiman, hari ini mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), di sini.
Naib Presiden Isma, Abdul Rahman Mt Dali dan ketua-ketua agensi termasuk Yayasan Ikhlas, Akademi Ikatan Muslimin (AIM) dan Komplek Latihan Pendakwah dan Tahfiz Bersepadu (KL Pantas) menyambut kedatangan mereka di Pejabat Pusat Isma, di sini, pagi tadi.
Sheikh Dr Nasir Sulaiman adalah Presiden Lujnah Hai’ah Tadabur Al-Quran yang mengetuai delegasi seramai sembilan ahli lain, adalah pakar dalam bidang tafsir al-Quran.
Beliau telah menulis pelbagai artikel serta buku yang berkaitan dengan tafsir dan Ulum Al-Quran.
Selain itu, beliau ialah musyrif am bagi laman sesawang almoslim.net.
Lawatan mereka hari ini bertujuan mengenali Isma dan kepimpinan. Selain itu, delegasi ini juga ingin tahu projek yang dijalankan oleh Isma, khususnya berkaitan dengan dakwah dan Al-Quran
The post Persatuan Antarabangsa Tadabbur Al-Quran lawat Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan