Pertempuran Aleppo: Semua hospital dimusnahkan

FILE - In this Wednesday, Sept. 21, 2016, file photo, provided by the Syrian Civil Defense White Helmets, rescue workers work the site of airstrikes in the al-Sakhour neighborhood of the rebel-held part of eastern Aleppo, Syria. Violence in Aleppo has surged in recent days as a U.S.-Russia-brokered cease-fire collapsed after one week. The Syrian government and its ally Russia have resumed intense airstrikes and Syrian military officials have spoken of a looming ground offensive against rebel-held districts. (Syrian Civil Defense White Helmets via AP)

ALEPPO, 20 Safar 1438H, Ahad – Semua kemudahan perubatan di bandar Aleppo, Syria dimusnahkan dalam siri pengeboman rejim Bashar Al-Assad sehingga menyebabkan puluhan terkorban.

Sukarelawan penyelamat mengesahkan sekurang-kurangnya 56 orang terkorban termasuk kanak-kanak dalam serangan udara, bom tong dan tembakan meriam di bandar itu, semalam.

Balai Cerap bagi Hak Asasi Manusia Syria melaporkan, jumlah kematian orang awam dalam serangan itu lebih rendah berbanding sebelum ini iaitu 27 orang.

Aktivis, Osama Javaid berkata, pegawai kesihatan tempatan memberitahu, setiap hospital di timur bandar itu tidak dapat berfungsi dan menyebabkan perkhidmatan perubatan tergendala.

“Pegawai Kesihatan mengatakan bahawa mereka sudah berputus asa. Dalam tempoh beberapa jam lalu, dua lagi hospital di bandar itu tidak boleh digunakan ekoran serangan sengit oleh rejim Assad dan pemberontak.

“Malah, ia turut dimaklumkan bahawa serangan itu mempunyai sasaran tertentu dan orang awam boleh keluar dari kawasan berkenaan berikutan kemudahan perubatan telah dipindahkan,” katanya.- Agensi

The post Pertempuran Aleppo: Semua hospital dimusnahkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?