Pesakit wad kelas tiga tak kena caj baharu

wadd

KUALA LUMPUR, 16 Safar 1438H, Rabu – Caj baharu tidak terpakai ke atas pesakit wad kelas tiga yang terpaksa menerima rawatan di wad kelas dua, sekiranya tiada katil kosong di wad kelas tiga.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, keputusan itu dibuat jika situasi berkenaan berlaku kepada mana-mana pesakit di hospital kerajaan.

“Saya berjanji kerajaan sememangnya komited dan mempunyai komitmen tinggi untuk memastikan golongan berpendapatan rendah mendapat perkhidmatan berkualiti pada harga berpatutan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya.

Justeru, Dr Subramaniam menjelaskan ini sekali gus mengurangkan kerisauan dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

Pada Isnin, Dr Subramaniam mengumumkan caj baharu perkhidmatan wad pesakit kelas satu dan dua di hospital kerajaan akan dinaikkan berkuat kuasa 1 Januari 2017, bagaimanapun kadar baharu itu belum diputuskan. – Bernama

The post Pesakit wad kelas tiga tak kena caj baharu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?