Pilihan raya Presiden Singapura 2017 dikhaskan untuk calon Melayu

pm1

BANGI, 8 Safar 1438H, Selasa – Perdana Menteri Singapura hari ini mengumumkan pilihan raya Presiden yang dijangka akhir tahun depan akan diperuntukkan untuk calon Melayu.

Lee Hsie Loong yang berucap di Parlimen berkata, jika ada calon Melayu yang layak bertanding tahun depan, negara itu akan mempunyai seorang Presiden Melayu.

“Ini bermakna jika ada calon Melayu yang layak, Singapura akan mempunyai Presiden Melayu lagi…ini akan menjadi yang pertama selepas lebih 46 tahun, sejak Presiden pertama kita Encik Yusof Ishak,” katanya.

Lee berkata, ia adalah ‘aturan praktikal’ yang perlu dilakukan untuk memastikan sistem berbilang kaum Singapura berjalan lancar.

“Singapura akur kedudukannya dalam hal ini dan akan terus berusaha untuk memperkukuh masyarakat berbilang kaum.

“Negara ini juga perlu terus berusaha ke arah ikrar ‘menjadi rakyat bersatu, tidak kira kaum, bahasa, dan agama,” katanya.

Di bawah perubahan Perlembagaan yang dicadangkan, pilihan raya akan dikhaskan untuk kaum tertentu jika tiada seorang daripada kumpulan itu menjadi presiden untuk tempoh lima penggal.

Calon yang sama bertanding dalam pilihan raya ini perlu memenuhi kriteria sama seperti mereka yang bertanding dalam pilihan raya terbuka.

The post Pilihan raya Presiden Singapura 2017 dikhaskan untuk calon Melayu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?