Polis buru pemilik akaun Facebook Sarawak Keluar Malaysia 2021

facebook

BANGI, 9 Safar 1438H, Rabu – Pemilik akaun Facebook ‘Sarawak Keluar Malaysia 2021’ kini sedang dijejaki pihak polis berikutan cuba menjejaskan hubungan baik antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, sebanyak 12 laporan polis diterima di seluruh negeri berikutan pemilik akaun itu memuat naik status yang berunsur melaga-lagakan kepimpinan negeri dan pusat.

“Pemilik akaun itu menyebarkan fitnah dengan mengatakan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mahu membawa keluar Sarawak daripada Malaysia.

“Bagaimanapun, Pejabat Ketua Menteri Sarawak menafikan perkara itu dan menyifatkan pemilik akaun itu bersifat jahat.

“Sehubungan itu, kita sedang menjalankan siasatan kes ini mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Kumar berkata, siasatan terhadap pengguna Facebook adalah kali kedua yang berlaku di negeri ini dalam tempoh seminggu.

“Ahad lalu, kami mengambil tindakan menyiasat status Facebook dan sebaran WhatsApp yang viral mengenai kes kanak-kanak diculik dan dibunuh bagi tujuan pengambilan serta penjualan organ dalaman yang kononnya berlaku di Singai, Bau.

“Susulan itu, dua wanita masing-masing dari Bau dan Kuching ditahan selepas menyerah diri untuk membantu siasatan,” katanya

The post Polis buru pemilik akaun Facebook Sarawak Keluar Malaysia 2021 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?