Polis Indonesia larang rakyat sertai perhimpunan anti-Ahok pada 2 Disember

demo anti ahok
JAKARTA, 20 Safar 1438H, Ahad
– Perhimpunan anti-Ahok siri ketiga akan dianjurkan pada 2 Disember akan datang sehinggalah Gabenor Jakarta berbangsa Cina yang menghina Islam iaitu Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok ditahan pihak berkuasa.

Namun, hari ini pihak polis Indonesia membuat kenyataan melarang mana-mana rakyat menyertai perhimpunan itu atas alasan bahawa Ahok akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

“Polis sudah menetapkan Ahok akan didakwa di mahkamah. Tidak perlu turun berhimpun pada 25 November atau 2 Disember.

“Tunggu saja proses perbicaraan Ahok seperti yang dimahukan,” kata Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Mochamad Iriawan semalam.

Katanya, jika perhimpunan itu diadakan di satu kawasan tertentu, maka ia dibenarkan kerana tidak mengganggu aktiviti masyarakat setempat.

“Tapi kalau di sepanjang jalan raya, kepentingan umum akan terganggu,” katanya lagi.

Jumaat lepas, Gerakan Nasional Pengawal Fatwa Majlis Ulama Indonesia (GNPF MUI) mengumumkan akan mengadakan perhimpunan pada 2 Disember 2016.

Ini kerana, Ahok masih belum ditahan walaupun telah dinyatakan akan didakwa di mahkamah.

“Ahok berpotensi melarikan diri. Berpotensi menghilangkan barang bukti yang lain.

“Juga berpotensi mengulangi perbuatannya yang suka mencaci dan menghina ulama dan umat Islam seperti kenyataannya sebelum ini,” kata Ketua GNPF MUI, Ustaz Bachtiar Nasir sebelum ini. – Agensi

The post Polis Indonesia larang rakyat sertai perhimpunan anti-Ahok pada 2 Disember appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?