Polis Marin rampas 4,550kg minyak masak diseludup ke negara jiran
TUMPAT, 22 Safar 1438H, Selasa – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 4,550 kilogram (kg) minyak masak yang dipercayai diseludup ke negara jiran dalam serbuan di pangkalan haram Haji Lias, Simpangan, malam tadi.
Pengawai Pemerintah wilayah berkenaan, Asisten Supritendan Ahmad Amri Abd. Rahman berkata, dalam serbuan itu pihaknya menahan pemandu lori yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun.
Katanya, siasatan awal mendapati minyak masak tersebut cuba di seludup ke negara jiran.
Ia berikutan permintaan tinggi dipercayai menjadi punca kepada aktiviti berkenaan.
“Pemandu dan lori bersama muatan minyak masak di bawa balik ke Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
The post Polis Marin rampas 4,550kg minyak masak diseludup ke negara jiran appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan