Polis nafi keluarkan notis penutupan jalan
BANGI, 16 Safar 1438H, Rabu – Pihak polis tidak mengeluarkan sebarang notis berhubung penutupan jalan di sekitar bandar raya ekoran perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu ini.
Serentak itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan notis yang tersebar di media sosial dan aplikasi Whatsapp mengenai senarai beberapa jalan yang ditutup pada 19 November ini.
“Kita tidak mengeluarkan apa-apa notis penutupan jalan,” katanya seperti dilapor portal The Star, hari ini.
Menerusi mesej berkenaan mendakwa, beberapa jalan akan ditutup kepada pengguna jalan raya bermula jam 5 pagi sehingga 6 petang pada Sabtu.
Senarai itu termasuk jalan-jalan utama seperti Jalan Kuching, Jalan Mahameru, Jalan Tun Ismail, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ipoh, Jalan Tun Razak, Jalan Raja Laut, Jalan Ipoh, Bulatan Pahang, Jalan Raja Mudah Abdul Aziz, Jalan Ampang, Jalan P. Ramlee, Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu, Jalan Pasar, Jalan Dewan Bahasa, Jalan Loke Yew, Jalan Hang Tuah, Jalan Raja Chulan dan Jalan Gereja.
Malah mesej turut memaklumkan bahawa perhimpunan tersebut dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka, namun peserta boleh juga berkumpul di Masjid Negara.
Ia turut menasihatkan orang ramai untuk elak dari berpakaian kuning atau merah kerana bimbang menyebabkan kekeliruan dengan pihak berkuasa mahupun penunjuk perasaan.
The post Polis nafi keluarkan notis penutupan jalan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan