Polisi kerajaan terima etnik Rohingya atau orang hanyut kekal

shahidan_kassim1

KUALA LUMPUR, 22 Safar 1438H, Selasa – Polisi kerajaan memberi perlindungan dan makanan kepada etnik Islam Rohingya yang menjadi pelarian atau orang hanyut akan kekal.

Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan memaklumkan bahawa polisi sedia ada tidak berubah.

“Kita mengamalkan pendekatan kemanusiaan yang tinggi. Kita akan beri makanan dan perlindungan kepada mereka,” katanya kepada BNBBC,my portal.

Mengulas mengenai serangan yang dilancarkan tentera ke atas kampung-kampung yang dihuni etnik Islam Rohingya sejak 9 Oktober lalu, beliau berkata, mereka adalah mangsa kemanusiaan.

Sebelum ini pun, ada antara mereka cuba lari ke Bangladesh tetapi ditolak oleh negara tersebut.

“Kita tidak tahu sama ada mereka ke sini atau tidak. Jika ada, mereka akan dilayan mengikut polisi sedia ada,” katanya.

The post Polisi kerajaan terima etnik Rohingya atau orang hanyut kekal appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?