Polisi pengajian tinggi negara kekal: Idris Jusoh

27idris-transformed

BESUT, 12 Safar 1438H, Sabtu – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membuat kajian terperinci terlebih dahulu terhadap polisi pengajian tinggi negara sekiranya polisi pendidikan di Amerika Syarikat berubah berikutan perubahan kepimpinan negara itu.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pada masa kini polisi pengajian tinggi akan diteruskan dan para pelajar boleh meneruskan pengajian sebagaimana biasa.

“Setakat ini tiada perubahan terhadap dasar pendidikan dengan negara itu dan ianya berjalan seperti biasa dengan tiada sebarang perubahan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci rumah komuniti yang ke-56 kepada Wan Malik Wan Hassan, 43 di Kampung Lay Out Tok Has di sini, hari ini.

Idris berkata demikian ketika mengulas kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat baru-baru ini.

Trump sebelum ini ketika kempen pilihan raya di negara itu banyak mengeluarkan kenyataan kontroversi dan bersifat anti-Islam dan rasis seperti akan menghalang umat Islam dari memasuki negara itu. – Bernama

The post Polisi pengajian tinggi negara kekal: Idris Jusoh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?