Presiden Singapura: Isma harap pilihan raya calon Melayu bukan ‘pengindah wajah’
Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, 8 Safar 1438H, Selasa – Peluang meletakkan calon Melayu pada Pilihan Raya Presiden Singapura sepatutnya diberikan sejak dahulu lagi, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Ab Rahman.
Beliau berkata, peluang itu jangan hanya disebabkan memenuhi tuntutan sistem semata-mata, sebaliknya ia perlu seimbang dengan pelaksanaan tanggungjawab pemimpin kepada bangsa dan agama.
“Ia bukan soal bangsa semata-mata, tetapi ia mestilah diberi ruang untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada bangsa dan agama, sebagaimana sesuai dengan keadilan Islam tanpa diskriminasi terhadap bangsa lain.
“Bukan sekadar pengindah wajah semata mata. Sekadar untuk mengindahkan sistem bagi nampak cantik, tetapi tiada kuasa untuk terjemah kehendak Islam dan aspirasi bangsa,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Perdana Menteri Singapura, Lee Hsie Loong hari ini berhubung peruntukan diberikan kepada calon Melayu bagi Pilihan Raya Presiden tahun depan.
Peruntukan itu sekali gus membuka ruang kepada calon Melayu di negara itu memegang jawatan sebagai Presiden Singapura berbangsa Melayu yang kedua, selepas lebih 46 tahun sejak pentadbiran Yusof Ishak.
The post Presiden Singapura: Isma harap pilihan raya calon Melayu bukan ‘pengindah wajah’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan