Program Motivasi Lepasan UPSR beri pendedahan awal ke alam remaja

upsr-kk1

Oleh: Wan Nurul Nadiah

SANDAKAN, 11 Nov – “Sekiranya adik-adik tidak kuat jati diri dan tidak bersedia mental dan fizikal, adik-adik akan kalah dengan cabaran yang datang, menjadi remaja bermasalah dan terbelenggu dengan kehidupan dunia,” ujar Wan Nurul Nadiah, aktivis Kelab Remaja Isma (KRIM) Syukbah Sandakan dalam Program Motivasi Lepasan UPSR, baru-baru ini.

“Ketika adik-adik melangkah ke alam baligh, adik-adik akan mengalami perubahan pada diri seperti perubahan hormon, fizikal, emosi dan fisiologi yang mana mendorong adik-adik untuk mempunyai rasa suka terhadap jantina yang berlainan.

“Perasaan ini adalah normal tetapi haruslah dikawal untuk mengelakkan adik-adik daripada terjebak ke dalam pintu-pintu yang boleh membawa kepada zina,” ujarnya lagi dalam slot ‘Say No To Zina’.

upsr-kk

Program anjuran KRIM Syukbah Sandakan yang julung kalinya diadakan dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Melanta Jaya (SKMJ) itu telah dihadiri seramai 100 orang pelajar Tahun Enam sekolah tersebut.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada remaja tentang cabaran-cabaran memasuki sekolah menengah dan gejala sosial yang kian meruncing dalam kalangan remaja.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Kelab Remaja Islam Malaysia (KRIM) yang menawarkan pelbagai pakej pembangunan jati diri remaja.

“Setiap adik-adik di sini layak untuk bercita-cita dan merancang impian walaupun sebahagian daripada adik-adik merasakan diri sendiri tidak pandai. Namun itu bukan penghalang daripada terus bercita-cita asalkan adik-adik sentiasa berfikiran positif dan mempunyai jiwa yang besar dalam menghadapi cabaran hidup,” ujar Anis Sakinah binti Lokman, yang juga aktivis KRIM dalam pembentangannya, ‘Hala Tuju Kehidupan’.

Pihak KRIM berharap agar para peserta yang hadir mendapat manfaat sepenuhnya daripada program yang telah dijalankan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Cikgu Siti Syam Nasriah di talian +60135955130.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?