Projek ECRL RM55 bilion ditandatangai syarikat RM2

rafiz1

Poster laman web Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR, 7 Safar 1438H, Isnin – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mempersoalkan bagaimana projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang dikatakan bernilai RM55 bilion boleh ditandatangani oleh syarikat yang bermodalkan RM2.

Katanya, pemeriksaan mendapati syarikat yang ditubuhkan pada 26 September lalu, telah menimbulkan tanda tanya masyarakat sama ada mendapat kelulusan sewajarnya mengikut peraturan kerajaan yang telah ditetapkan atau tidak.

Malah, katanya, semakan terhadap dokumen penubuhan syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd ini mengesahkan saham RM2 dipegang oleh Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail, kedua-dua mereka adalah pegawai kanan berpangkat Timbalan Setiausaha di Kementeria Kewangan.

“Berita ini disemak dengan pengumuman yang dibuat sendiri oleh China Communication Construction Company Ltd (CCCC) dalam bahasa Inggeris dan Mandarin mengesahkan bahawa satu perjanjian menganugerahkan kontrak pembinaan ECRL berjumlah RM46 bilion kepada CCCC telah ditandatangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan beliau disokong Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen; dan Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming.

Katanya, sebuah syarikat khusus (special purpose vehicle) yang ditubuhkan kerajaan untuk menjalankan projek infrastruktur besar negara perlu mendapat kelulusan Parlimen untuk mendapatkan modal.

“Contohnya, semasa Kerajaan Persekutuan mahu menjalankan projek keretapi laju Kuala Lumpur – Singapura, Dato’ Seri Najib terpaksa membentangkan usul di Parlimen untuk meluluskan pendanaan syarikat khusus itu sebanyak RM10 juta,” katanya.

Dalam lawatan enam hari ke China baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan membina ECRL bernilai RM55 bilion, tetapi berdasarkan laporan CCCC kosnya ialah RM46 bilion.

The post Projek ECRL RM55 bilion ditandatangai syarikat RM2 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?