Purata 100 orang sehari mati kerana diabetes

diabetes-blood-sugar
PUTRAJAYA, 26 Safar 1438H, Sabtu – Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, purata 100 rakyat negara ini meninggal dunia setiap hari akibat diabetes.

Malah, beliau berkata, hampir 35,000 orang meninggal dunia setiap tahun kesan penyakit itu.

Ini kerana, kira-kira 1.8 juta rakyat Malaysia tidak menyedari mereka menghidap penyakit itu yang berpunca daripada cara pemakanan dan gaya hidup tidak sihat.

“Peningkatan jumlah pesakit diabetes amat ketara, turut menyumbang kepada peningkatan masalah kesihatan seperti obesiti, tekanan darah dan glukosa dalam darah yang tinggi.

“Pada peringkat usia 18 tahun ke atas, terdapat peningkatan yang mendadak bagi penyakit tidak berjangkit ini dalam kalangan rakyat Malaysia, iaitu sebanyak 13.3 peratus berbanding Filipina 5.1 peratus dan Myammar, 2.9 peratus,” katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Diabetes Sedunia di sini, hari ini.

Dr Lokman turut menasihatkan orang ramai supaya membuat diagnosis awal bagi membantu mereka menguruskan diabetes dengan lebih baik dan mengelakkan komplikasi jangka panjang.

“Kementerian sangat berharap rakyat Malaysia dapat mengubah cara hidup dan gaya pemakanan demi kesihatan yang sihat sepanjang hayat,” katanya.

The post Purata 100 orang sehari mati kerana diabetes appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?