Rafizi letak jawatan SU PKR, Saifuddin ganti
BANGI, 25 Safar 1438H, Jumaat – Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli disahkan meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung PKR serta-merta bermula hari ini.
Berita itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebentar tadi dalam satu sidang media di ibu pejabatnya.
Wan Azizah berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan terlebih dahulu mengambil kira kemungkinan Rafizi dijatuhkan hukuman atas pertuduhan yang dibawa terhadapnya.
“Mohd Rafizi telah diberikan hukuman atas kesalahannya yang mendedahkan dokumen sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi negara.
“Maka beliau dengan penuh tanggungjawab telah melepaskan jawatannya. Ini didorong oleh sistem perundangan yang pincang,” katanya.
Dalam masa yang sama, Wan Azizah mengumumkan posisi Mohd Rafizi itu akan diganti oleh penyandang terdahulu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Pelantikan Saifuddin Nasution sebagai Setiausaha Agung parti baharu akan berkuat kuasa esok.
Wan Azizah bagaimanapun berkata, meskipun Mohd Rafizi telah melepaskan jawatannya kepada Saiffudin, Ahli Parlimen Pandan itu akan terus memangku jawatan sebagai naib presiden parti.
The post Rafizi letak jawatan SU PKR, Saifuddin ganti appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan