Remaja meninggal dunia selepas angkat naik ke tingkat atas rumah

Gambar hiasan

Gambar hiasan

BALING, 20 Safar 1438H, Ahad – Seorang remaja lelaki dijumpai mati di dalam rumahnya di Kampung Belakang Sekolah Kupang, di sini selepas mengangkat neneknya yang lumpuh di tingkat atas rumah akibat banjir kilat hari ini.

Mangsa, Darul Hafiz Mohd Danial, 23, ditemui tertiarap di dalam air di kaki tangga rumahnya selepas selesai memindahkan neneknya Che Wan Mustapha, 77, ke tingkat atas 9 pagi tadi.

Paras air akibat banjir ketika itu yang turut melanda kampung berkenaan dikatakan berada pada paras paha.

Rakan mangsa, Firdaus Ishak, 21, ditemui di rumah mayat Hospital Baling,  berkata sebelum itu beliau dan tiga lagi rakannya diminta mangsa untuk datang membantu bagi memindahkan neneknya ke bahagian atas rumah.

“Setelah kami mengangkat neneknya yang lumpuh sejak tiga tahun lalu ke bahagian atas, kami pun keluar untuk berehat di tepi pagar sekolah terletak di depan rumah arwah (mangsa).

“Tiba-tiba arwah masuk semula ke rumah untuk melihat nenek dan mahu membancuh susu untuk neneknya,” katanya.

Beliau berkata namun selepas lebih 45 minit mangsa tidak keluar rumah, mereka masuk semula ke rumah mangsa dan menemui mangsa dalam keadaan tertiarap di dalam air.

Katanya sebelum itu mangsa ada mengadu keletihan kerana memindahkan barang selain mengangkat neneknya itu.

Datuk mangsa, Mohd Radzi Ahmad, 77, berkata cucunya itu memang tinggal bersama neneknya di rumah berkenaan sejak tiga tahun lalu dan beliau tinggal di tempat lain.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Shariffuddin Yusuf ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. Sebab kematian masih belum diketahui. – Bernama

The post Remaja meninggal dunia selepas angkat naik ke tingkat atas rumah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?