Ringgit jatuh: Najib ketawa terlalu awal, kata Tuan Ibrahim

tuan_ibrahim_new2

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 28 Safar 1438H, Isnin – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berbangga dengan keadaan nilai ringgit mencatat prestasi terbaik Asia pada April lalu, menimbulkan persoalan apakah beliau ketawa terlalu awal.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Najib sebelum ini dilihat berbangga dengan menyifatkan prestasi yang dicapai ketika itu berkemungkinan mengejutkan lawan politiknya.

“Melihat nilai Ringgit yang kini menyusut ke RM4.47 kepada satu dolar Amerika Syarikat dan menjadi mata wang Asia yang paling menyusut nilainya sejak kemenangan Donald Trump, rakyat terbayang soalan ini di minda – apakah PM telah ketawa terlalu awal April lalu?

“Kini, para penganalisis ekonomi menjangkakan nilai Ringgit akan terus menyusut di 2017, malah ada yang membuat prediksi bahawa ia akan menyusut ke paras RM5.

“Sekiranya Najib masih menjadi PM di 2017, maka prediksi-prediksi ini adalah selari dengan apa yang diketawakan Najib terhadap lawan politiknya bulan April yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malah katanya, Najib sebelum ini berkata keputusan rombakan Kabinet pada Julai tahun lalu turut menjadi penyumbang ke arah prestasi baik nilai ringgit.

“Apa pula reaksi Najib sebagai Menteri Kewangan terhadap nilai ringgit hari ini?

“Apakah yang PM akan tundingkan sebagai penyumbang kepada kejatuhan nilai ringgit, yang menjadi prestasi terburuk di Asia hari ini?

“Jika peningkatan nilai Ringgit berkait dengan rombakan kabinet, apakah kejatuhan nilai Ringgit ini berkait dengan prestasi kabinet yang tidak memuaskan?,” katanya.

Justeru, beliau menggesa supaya Bank Negara Malaysia (BNM) dan kerajaan jujur dalam mencari punca nilai ringgit terjejas di rantau Asia.

“Jangan pendamkan sebab sebenar hanya kerana menjaga maruah seseorang sementara rakyat terus dimiskinkan melalui susutan nilai ringgit,” katanya.

The post Ringgit jatuh: Najib ketawa terlalu awal, kata Tuan Ibrahim appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?