Saya orang pertama arah siasatan 1MDB, dakwa Najib

razak-reuters

BANGI, 15 Safar 1438H, Selasa – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa bahawa beliau adalah individu pertama yang mengarahkan supaya siasatan dibuat keatas syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib dalam temubual yang disiarkan Nikkei Asian Review berkata, pihak berkuasa Malaysia telah memulakan dan mengetuai siasatan terhadap syarikat itu.

“Saya adalah orang pertama yang mengarahkan semua pihak berkuasa di Malaysia untuk menjalankan siasatan,” katanya.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB.

“Saya sentiasa menjelaskan bahawa kerjasama sepenuhnya perlu diperluaskan kepada sebarang penyiasatan dengan syarat ia mengikut undang-undang negara kita.

“Seperti yang saya telah nyatakan secara konsisten sebelum ini, jika terbukti ada salah laku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian,” katanya.

Najib turut mendakwa bahawa isu berkenaan dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mengeksploitasi untuk kepentingan politik peribadi mereka.

Malah, beliau turut menuduh segelintir pihak tertentu yang memberi suapan kepada pihak berkuasa asing dengan maklumat palsu dan tidak lengkap.

The post Saya orang pertama arah siasatan 1MDB, dakwa Najib appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?