Sekali lagi himpunan bantah Ahok pada 2 Disember

demo anti ahok

JAKARTA, 23 Safar 1438H, Rabu – Bantahan terhadap tindakan Basuki ‘Ahok’ Tjahaja Purnama yang didakwa menghina Islam akan terus diadakan di bangunan Parlimen di Jakarta pada 2 Disember ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Indonesia, Jeneral Tito Karnavian dan Ketua Tentera Gatot Nurmantyo baru-baru ini.

Tito berkata, berkemungkinan ada rancangan untuk memecah masuk bangunan yang menempatkan wakil rakyat di negara itu.

“Bagaimanapun, jika tindakan mereka bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, itu melanggar undang-undang,” katanya.

Bulan lalu, seluruh umat Islam Indonesia berhimpun mengadakan bantahan secara aman ke atas Ahok kerana menghina Al-Quran.

Laporan berita Indonesia melaporkan, bantahan secara aman dengan slogan ‘Tangkap dan Penjarakan Ahok’ itu dilakukan melibatkan sekitar 150,000 orang daripada pelbagai organisasi.

Mereka berkumpul di Masjid Istiqlal, Jakarta dan kemudian berkonvoi secara beramai-ramai ke balai polis dan dewan bandar raya.

Ahok dikecam kerana menyatakan umat Islam diperdaya surah al- Maidah ayat 51 berikutan tidak menyokongnya sebagai pemimpin Indonesia. -Agensi

The post Sekali lagi himpunan bantah Ahok pada 2 Disember appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?