Sekretariat Ummat kesal Speaker DUN Selangor daripada DAP tolak usul perkasa Mahkamah Syariah

852107532_51646_4193771116077922198

Oleh Athirah Huda Zalhe

KUALA LUMPUR, 17 Safar 1438H, Khamis – Sekretariat Ummat Akta 355 kesal tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang menolak usul Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak bagi memperkasa institusi Mahkamah Syariah.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, penolakan usul berkenaan sekali gus disifatkan kelemahan terhadap usaha menaik taraf perundangan Islam di Selangor, termasuk Malaysia.

“Adalah amat malang bagi orang Islam di negeri Selangor jika berlaku urusan agama mereka, termasuk Speaker yang bukan Islam turut tidak memberikan kerjasama.

“Pihak kami berpandangan usul ini seharusnya diterima untuk perbahasan memandangkan masih banyak ruang untuk penambahbaikan institusi Mahkamah Syariah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Speaker DUN Selangor adalah Adun Subang daripada parti rasis dan cauvinis DAP, Hannah Yeoh.

Sebelum ini, Hannah menolak cadangan usul Sulaiman bagi memperkasakan institusi Mahkamah Syariah di Selangor dengan memberi alasan ia adalah di bawah sayap kehakiman dan tidak tertakluk mengikut bidang kuasa legislatif.

Usul berkenaan mencadangkan beberapa penambahbaikan seperti meningkatkan martabat Mahkamah Syariah agar sama dengan status mahkamah sivil, termasuk menambah dari tiga peringkat Mahkamah Syariah sedia ada kepada lima peringkat.

Serentak itu, Aminuddin mewakili anggota sekretariat mendesak Hannah Yeoh mempertimbangkan semula usul itu supaya ia boleh dibahaskan di DUN Selangor.

“Kami berpandangan usaha memperkasa Mahkamah Syariah ini perlu dibincang dan diwacanakan di mana-mana juga tempat dan acara yang bersesuaian, agar seluruh rakyat memahaminya termasuk juga kepada bukan Islam.

“Paling penting mereka harus faham bahawa kuasa Mahkamah Syariah hanya tertakluk pada orang Islam sahaja dan ia dijamin dalam Perlembagaan negara, negeri serta enakmen-enakmen negeri,” katanya.

The post Sekretariat Ummat kesal Speaker DUN Selangor daripada DAP tolak usul perkasa Mahkamah Syariah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?