Selangor ada lebih 125 ladang babi

zaidy-abdul-talib

BANGI, 10 Safar 1438H, Khamis – Lebih 125 ladang babi yang beroperasi di Kuala Langat memiliki lesen yang sah berdasarkan rekod Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani Negeri, Zaidy Abdul Talib.

Beliau bagaimanapun tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan ‘lesen’ berkenaan.

“Saya tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan lesen itu tetapi saya baru semak dengan JPV dan terdapat 125 ladang ternakan babi memperoleh lesen,” katanya seperti dilaporkan Selangorkini.

Baru-baru ini, terdapat dakwaan menyatakan 127 daripada 132 ladang babi di Kampung Batu Laut tidak mempunyai lesen selain menyebabkan berlakunya pencemaran bau di situ.

Susulan itu, beliau berkata, dakwaan segelintir penduduk Melayu di Tanjung Sepat menjual tanah mereka ekoran pencemaran najis dan bau babi yang menjejaskan penempatan mereka, adalah tidak benar.

Berdasarkan semakan yang dilakukan dari 2011 hingga 2016, hanya satu daripada tujuh pemilik tanah di kawasan berkenaan melakukan pindah milik, katanya.

“Hanya seorang sahaja yang membuat pindah milik daripada pemilik Melayu kepada bukan Melayu dan ia sama sekali bukan disebabkan pencemaran itu,” katanya.

Dilaporkan, kini kerajaan negeri berada di fasa terakhir dalam menjalankan semakan pelaksanaan projek Ladang Babi Moden (MFP) untuk memudahkan pengurusan haiwan berkenaan di Selangor.

The post Selangor ada lebih 125 ladang babi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?