Selepas Malaysiakini, Baju Merah mahu ‘serang’ Majlis Peguam
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
BANGI, 7 Safar 1438H, Isnin – Selepas menyerang pejabat portal liberal Malaysiakini, Gerakan Baju Merah yang diketuai Datuk Seri Jamal Yunos merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran di pejabat Majlis Peguam.
Jamal yang juga Ketua UMNO bahagian Sungai Besar berkata, protes itu adalah ekoran dakwaan majlis berkenaan menerima dana daripada Open Society Foundations (OSF) yang dikaitkan dengan penyagak matawang, George Soros sebagaimana Malaysiakini.
Beliau dalam satu kenyataan mendakwa, tindakan Majlis Peguam menerima dana OSF itu sebagai satu perbuatan khianat kepada negara.
“Pihak kami sedang merancang untuk mengadakan demontsrasi besar-besaran ke atas Majlis Peguam kerana apa yang dilakukan oleh majlis itu sedikit pun tidak memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia.
“Apa yang mereka lakukan selama ini jelas terbukti bahawa mereka ini dikawal dan dipantau oleh Soros supaya menentang kerajaan,” katanya.
Sabtu lalu, dianggarkan 700 pengikut gerakan Baju Merah berhimpun di hadapan pejabat Malaysiakini sebagai mendesak supaya portal liberal itu ditutup.
Jamal berkata, himpunan yang dirancang ke atas Majlis Peguam juga adalah sama seperti di Malaysiakini, bagi mendesak kerajaan supaya membubarkan majlis berkenaan.
The post Selepas Malaysiakini, Baju Merah mahu ‘serang’ Majlis Peguam appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan