Sembilan plaza tol guna sistem elektronik sepenuhnya

kutipan-elektronik

ALOR SETAR, 23 Safar 1438H, Rabu – Plus Malaysia Berhad (Plus) akan melaksana sistem kutipan tol elektronik (ETC) di sembilan plaza tol di kawasan utara bermula 30 November ini.

Ketua Pegawai Operasi Plus, Mohammad Fuad Khusairi berkata, plaza tol itu ialah plaza tol Hutan Kampung, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Pendang, Gurun, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan, Bertam dan Sungai Dua.

“Bermula dari tarikh tersebut, semua transaksi akan dikendalikan sepenuhnya secara elektronik sama ada menerusi kad Touch n Go, kad PlusMiles atau SmartTAG sahaja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, Plus sedang giat melaksanakan promosi agar pengguna lebuh raya beralih kepada penggunaan ETC, antaranya melalui penjualan kad PlusMiles Touch n Go pada harga RM5 sehingga 31 Disember ini.

“Selain itu pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik di sembilan plaza tol terbabit layak menikmati rebat tol sebanyak 10 peratus antara 30 November hingga 31 Januari tahun hadapan,” katanya.

Menurut Mohammad Fuad, ketika ini lebih 70 peratus pengguna lebuh raya yang melalui plaza tol terbabit telah menggunakan sistem elektronik dan ia dijangka meningkat kepada lebih 80 peratus apabila ETC dilaksanakan sepenuhnya.
Jelasnya pelaksanaan ETC di lorong SmartTAG dan Touch n Go mampu mengendalikan kira-kira 1,000 transaksi dalam tempoh sejam berbanding lorong tunai yang hanya mampu mengendalikan kira-kira 180 transaksi sejam. – Bernama

The post Sembilan plaza tol guna sistem elektronik sepenuhnya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?