Siasatan pencemaran najis babi di Sungai Giling siap lagi tiga hari
PUTRAJAYA, 9 Safar 1438H, Rabu – Kertas siasatan berhubung pencemaran najis babi di Sungai Giling di Kampung Batu Laut, Sepang dijangka siap tiga hari lagi.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi berkata, sebaik sahaja Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) melengkapkan laporan siasatan, pihaknya akan merangka pelan mitigasi jangka panjang dan pendek untuk menangani isu ini.
“Pelan hanya akan dirangka selepas siasatan dan penyelidikan dibuat secara formal kerana ia membabitkan penempatan manusia,” katanya.
Beliau berkata, segala bentuk pemindahan atau penempatan semula akan ditentukan setelah laporan berkenaan siap.
“Penempatan semula ini bukan kerja mudah. Ia membabitkan banyak pihak, kementerian dan agensi,” katanya.
Terdahulu, penduduk kampung di kawasan berkenaan membuat laporan berhubung pencemaran sungai yang disebabkan oleh najis babi sehingga menyebabkan bau busuk dan menjejaskan kehidupan harian mereka.
The post Siasatan pencemaran najis babi di Sungai Giling siap lagi tiga hari appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan