Sindiket jual soalan SPM: Tiada kakitangan kementerian terlibat
BANGI, 21 Safar 1438H, Isnin – Kementerian Pendidikan hari ini mengesahkan bahawa tiada kakitangan yang terlibat dalam sindiket penjualan kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini menerusi sosial media.
Timbalan Menterinya, Datuk Chong Sin Woon berkata, berdasarkan laporan dan siasatan awal, polis mengesahkan bahawa tiada pentunjuk yang mengaitkan pihak kementerian dengan sindiket itu.
“Bagaimanapun, siasatan terhadap kes berkenaan masih diteruskan, kita maklum bahawa mereka (polis) akan meneruskan siasatan fasa kedua sebelum melengkapkan kertas siasatan,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Chong bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung siasatan fasa kedua yang dimaklumkannya itu.
Sebelum ini, akhbar berbahasa Cina melaporkan kewujudan sindiket yang didakwa menjual kertas peperiksaan SPM di media sosial.
Susulan itu, kementerian dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat membocorkan soalan-soalan peperiksaan SPM tahun ini.
The post Sindiket jual soalan SPM: Tiada kakitangan kementerian terlibat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan