SOP baharu dirangka beri kebenaran penguat kuasa tembak penjenayah

apandi_ali_klcc_tminajjua_080116_081

KOTA BHARU, 14 Safar 1438H, Isnin — Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali berkata, satu prosedur operasi standard (SOP) baharu akan dirangka bagi memberi kebenaran kepada pegawai penguat kuasa melepaskan tembakan terhadap penjenayah, dalam masa terdekat.

Katanya, SOP berkenaan akan dirangka dengan lebih tepat dan berkesan dalam memberi kebenaran kepada pegawai penguat kuasa untuk menggunakan senjata api.

“Tidak guna kalau ada senjata api tapi takut nak guna. Simpan rumahlah,” katanya.

Apandi berkata, pihaknya akan berbincang dengan Ketua Pengarah JKDM dan Bahagian Penasihat Undang-undang berhubung penggunaan senjata api oleh pegawai penguat kuasa.

Ini berikutan, SOP yang sedia ada mengelirukan pegawai penguat kuasa dalam melepaskan tembakan ke arah sasaran yang mana hanya menyatakan untuk pertahankan diri sahaja.

“Pegawai penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) turut terkesan dengan SOP ini,” katanya lagi.

The post SOP baharu dirangka beri kebenaran penguat kuasa tembak penjenayah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?