SPRM bekukan lebih RM170 juta aset pegawai kerajaan, GLC sejak 2014

sprm-logo

BANGI, 7 Safar 1438H, Isnin – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan kira-kira RM171.7 juta yang terdiri daripada wang tunai, barangan berharga termasuk aset di antara 2014 sehingga September tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low berkata, jumlah dibekukan itu adalah hasil tangkapan 1,011 pegawai kerajaan dan 26 pegawai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berhubung penglibatan rasuah serta pengubahan wang haram.

“SPRM menahan 225 pegawai kerajaan dan dua pegawai GLC pada tahun 2014 manakala sejumlah 398 pegawai dan tujuh daripada pegawai GLC di ditahan pada 2015.

“Sehingga September tahun ini, SPRM menahan 388 pegawai kerajaan dan dan 17 daripadanya adalah GLC,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai di Dewan Rakyat, hari ini.

Paul berkata, pada 2014, SPRM merampas RM113.4 juta barangan berharga dan wang tunai, manakala RM30.78 juta aset disita pada 2015.

“Sehingga September tahun ini, SPRM merampas aset RM27.55 juta,” katanya.

The post SPRM bekukan lebih RM170 juta aset pegawai kerajaan, GLC sejak 2014 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?