Struktur bangunan runtuh, seorang maut, lima cedera
KUALA LUMPUR, 30 Safar 1438H, Rabu – Seorang pekerja warga asing maut manakala sekurang-kurangnya lima lagi cedera apabila struktur sebuah bangunan dalam pembinaan berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar runtuh, petang ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.33 petang dan segera mengerahkan seramai 23 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Hang Tuah dan Seputeh ke lokasi kejadian.
“Konkrit berkenaan runtuh daripada tingkat dua sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan, setakat ini terdapat dua lagi mangsa yang tersepit dan sedang dikeluarkan daripada runtuhan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. – Bernama
The post Struktur bangunan runtuh, seorang maut, lima cedera appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan