Suami isteri dihadapkan ke mahkamah kes culik bayi

bayilari-transformed

Sumber foto: Ihsan Polis

PASIR MAS, 22 Safar 1438H, Selasa – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menculik bayi perempuan berusia lima hari di Hospital Tanah Merah minggu lalu.

Tertuduh, Ahmad Abdul Muizz Abd Halim, 26 dan Nur Rashedah Che Faizo, 23, yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menculik bayi perempuan berusia lima hari yang belum diberi nama dari Wad 2 Kanak-Kanak Hospital Tanah Merah jam 6.47 petang pada 15 November lalu.

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 terhadap setiap tertuduh dan menetapkan 22 Disember sebagai tarikh sebutan semula kes.

The post Suami isteri dihadapkan ke mahkamah kes culik bayi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?