SUHAKAM setuju gadis kahwin pada usia minimum 18 tahun

llp_051215-10

KUALA LUMPUR, 21 Safar 1438H, Isnin – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyokong saranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menaikkan usia minimum perkahwinan kepada 18 tahun bagi waniota Islam di negara ini.

Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail berkata, saranan ini mematuhi Akta Kanak-Kkanak 2001 yang mentakrifkan kanak-kanak sebagai golongan yang berusia 18 tahun ke bawah.

Beliau turut menegaskan bahawa perkahwinan di bawah usia 18 tahun akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak perempuan.

“Perkahwinan sebegini sering menjejaskan perkembangan kanak-kanak perempuan yang menyebabkan kehamilan di usia muda, mengganggu pembelajaran, mengehadkan peluang untuk kemajuan kerjaya dan tingkatkan risiko keganasan rumah tangga.

“Bagaimanapun kanak-kanak lelaki turut mempunyai kesannya namun begitu ia kurang berbanding dengan kanak-kanak perempuan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Katanya, Suhakam turut berasa bimbang dengan undang-undang semasa yang membiarkan kanak-kanak mudah terdedah kepada perkahwinan paksa dan eksploitasi.

“Pelaku seksual atau perogol kanak-kanak boleh menggunakan perkahwinan sebagai alasan untuk melindungi diri mereka daripada pendakwaan,” katanya.

The post SUHAKAM setuju gadis kahwin pada usia minimum 18 tahun appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?