Sultan Kelantan lupus abu al-Quran di Laut China Selatan

picturemergertemplate
PASIR PUTEH, 15 Safar 1438H, Selasa – Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan melupuskan 10 tan abu al-Quran, di perairan Laut China Selatan, kira-kira 14 batu nautika dari Pantai Tok Bali di sini, semalam.

Difahamkan, al-Quran yang dilupuskan kebanyakannya yang telah rosak akibat banjir besar pada tahun 2014.

Abu al-Quran itu dimuat dan dilupuskan dalam tiga bot rampasan nelayan haram serta sebuah kapal berusia 52 tahun milik kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk dijadikan Taman Tukun Keputeraan.

Dalam upacara itu, baginda turut diiringi oleh Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra dan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menaiki kapal APMM untuk menyempurnakan pelupusan abu tersebut yang bermula pada jam 3 petang.

Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh, program pelupusan abu al-Quran ini adalah kali pertama dilakukan dan pihaknya bertanggungjawab melaksanakan pelupusan itu seperti yang dituntut agama.

Katanya, proses pembakaran al-Quran itu dilakukan di tempat khas di JHEAIK kemudian, abunya dimasukkan ke dalam tong di bot berkenaan.

“Kita melaksanakannya secara tertib sebagaimana yang dituntut dalam Islam,” katanya pada program Pelupusan Abu Al-Quran dan Pembinaan Taman Tukun Keputeraan di Tok Bali.

The post Sultan Kelantan lupus abu al-Quran di Laut China Selatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?