Supermoon mengikut falak: Bulan kekal dekat dengan bumi selama 18 jam

johor1

BANGI, 14 Safar 1438H, Isnin – Kedudukan bulan paling hampir dengan bumi apabila ‘supermoon’ berlaku malam ini, akan kekal selama 18 jam, kata Jabatan Mufti Johor.

Penolong Pegawai Hal-Ehwal Islam Unit Cerapan Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor, Ustaz Hanafiah Abdul Razak, berkata mengikut disiplin ilmu falak, air pasang besar diramal berlaku di pantai barat dan timur Johor, mulai hari ini hingga 18 November ini.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan mengenai laporan ringkas ramalan air pasang besar di pantai barat dan timur Johor serta muara Sungai Johor bagi bulan ini.

“Detik Bulan Penuh Purnama pada 14 November 2016 jam 9.54 malam, manakala Detik kedudukan Bulan paling hampir dengan Bumi juga berlaku pada 14 November dan didapati bulan berada pada kedudukan tersebut selama 18 jam di mana kedudukan Hadid al-Qamar pada bulan November lebih lama daripada bulan Oktober yang lalu,” katanya.

Katanya, kedudukan air pasang besar bagi hari ini dan esok adalah pada peringkat kedua, manakala pada 16, 17 dan 18 November pula kedudukan air pasang besar adalah pada peringkat pertama.

Mengenai limpahan air laut, beliau berkata, jika angin barat bertiup tegar pada tarikh-tarikh berkenaan, di khuatiri pantai barat Johor bakal di limpahi air laut pada waktu kemuncak air pasang.

“Sekiranya angin timur bertiup tegar pada tarikh-tarikh tersebut di khuatiri pula pantai timur Johor pula di limpahi air laut pada waktu kemuncak air pasang,” katanya.

Ustaz Hanafiah berkata, ini terbukti apabila muara Sungai Muar dan Sungai Johor dilimpahi air laut yang menerobos masuk hingga ke loji air pada bulan September dan Oktober lalu dan dibimbangi pada bulan ini kejadian akan lebih menyerlah lagi hingga ke hulu sungai.

“Semoga Allah SWT memelihara seluruh warga Negeri Johor dan hasil-mahsul negeri ini daripada apa jua angkara yang tidak di ingini kesan daripada fenomena air pasang besar,” katanya.

johor2

The post Supermoon mengikut falak: Bulan kekal dekat dengan bumi selama 18 jam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?