Suspek tembak MH17 diketahui 2018

malaysia-airlines-flight-mh17

KUALA LUMPUR, 16 Safar 1438H, Rabu – Suspek utama yang menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine hanya akan diketahui selewat-lewatnya awal tahun 2018, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, setakat ini 100 suspek telah dikenal pasti menembak jatuh pesawat berkenaan dua tahun lalu.

Bagaimanapun, penyiasatan oleh Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) terhadap pesawat berkenaan akan diteruskan sehingga hujung tahun depan.

“Kita akan menggunakan Mahkamah Antarabangsa di Belanda untuk mendakwa mereka yang terlibat. Perkara ini akan mengambil masa dan mereka ini akan dipanggil bagi memberikan keterangan,” katanya.

Pesawat MH17 ditembak jatuh ketika terbang pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan bergolak Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.

Kesemua 283 penumpang dan 15 anak kapal pesawat Boeing 777 itu, yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Amsterdam, terkorban.

Sementara itu, menjawab mengenai isu pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Tiong Lai berkata, laporan teknikal berkenaan pesawat itu dijangka akan dikeluarkan pada awal tahun depan.

Katanya, laporan akan siap selepas proses pencarian seluas 120,000 kilometer persegi selesai dijalankan.

“Bagaimanapun, kita tidak akan berhenti (pencarian), sebaliknya akan menangguhkan seketika proses pencarian pesawat itu sehingga mendapat petunjuk-petunjuk baharu pesawat tersebut,” katanya lagi.

The post Suspek tembak MH17 diketahui 2018 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?